Wednesday, December 4, 2013

Kawin Koboi Nak?

Seorang kawan ingin berpoligami...maka berjumpalah dia dengan seorang lawyer yang diupah untuk mewakili beliau untuk membuat permohonan di Mahkamah Syariah. Soalan pertama yang ditanyakan sang lawyer...
 
"Tak nak kawin kat golok ke? Senang sikit...."
 
Memandangkan bakal pengantin perempuan kerja gomen dan takut dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didenda kelak oleh Mahkamah Syariah kerana berkawin di luar Negara tanpa kebenaran....maka nekadlah pasangan ini untuk melalui cara-cara halal yang ditetapkan oleh undang-undang tanah air tercinta.....
 
Maka al-kisahnya....telah masuk hampir 2 tahun, kes masih tidak selesai dan masih diperingkat perbicaraan.....tarikh bicara akan datang pula hanyalah dalam bulan Februari 2014 dan belum tentu akan selesai di situ.....kalau dah berkahwin mungkin dah dapat 2 anak gamaknya.....padan lah sang lawyer awal2 dah tanya soalan cepu mas....
 
Alahai....nak kawin pun cukup punya susah ke?

Hmmm...no wonder la kan...kenapa ramai je orang yang kawin koboi kat seberang....


 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment